Selamat datang ke Laman Web Dana Hidayah (Welcome to Hidayah School Fundraising's website)



Sila pilih bahasa pilihan anda
(Please choose your preferred language)


Bahasa Melayu
English



Latest update: Feb, 2014

Projects completed:
In 2011: 
SMIH Workshop building (RM330k)

In 2012:
As-Syafie building for SMIH (RM1.4 million)
Electrical Sub-station (RM80k)
Dataran Hidayah (RM30k)
Besarkan Paip Air 4-inci (RM20k)

In 2013:
The acquisition of 6 acres of land surrounding Hidayah School (RM1.35 million)
Bangunan Tambahan Darjah 1 (RM200k)
Pagar Tanah 3 ekar (RM200k)
Asrama Lelaki (Hostel) (RM1 million)


Current project (2014):
At-Taqwa 4-storey building for SRIH (estimated cost: RM2.5 million)
Additional amount required: RM1.3 million

Account balance (up to Feb 2014):
RM1.2 million




Follow Us On:
Dana Hidayah YouTube Collection






Donations via Bank:
                                                                                                                               MAYBANK (Acc. No: 551306500918)
                                                                                                                   BANK MUAMALAT (Acc. No: 01020001215710)
    


Access Counter
my space counter
View My Stats


Kempen Jangka Pendek dan Panjang Dana Hidayah

posted Feb 1, 2014, 7:36 PM by Dana Hidayah   [ updated May 11, 2014, 11:54 PM ]

Projek terkini DH ialah pembinaan Bangunan 4-tingkat di sebelah bangunan lama 4-tingkat sediada. Kos yang diperlukan adalah sepertimana yang dipaparkan di laman utama web ini iaitu lebih kurang RM2.5 juta. Berdasarkan jumlah yang ada sebanyak RM1.2 juta, pihak pembangunan masih memerlukan lebihkurang RM1.3 juta lagi untuk kerja-kerja seterusnya.

Di antara langkah jangka pendek yang akan dilaksanakan oleh DH ialah:

1. Kempen promosi sumbangan DH oleh ibubapa.
  • Banner panjang akan direka dan dicetak untuk diletakkan di depan pagar sekolah untuk 'parent awareness'
  • Online banner, design sama dengan banner di atas, boleh di 'share dan forward' oleh ibubapa untuk sebaran internet, email & FB kepada kenalan mereka
  • Jangka siap 5hb. Feb 2014
2. Kempen sumbangan RM500/keluarga Hidayah
  • Satu cara sebaran kempen yang lebih baik perlu dibuat
  • Mencadangkan sumbangan RM1000/keluarga 
  • Tempoh kempen 2 bulan
  • Sasaran 500 keluarga=> RM500,000.00

3. Kempen Pinjaman Peribadi
  • Kaedah perlu diperhalusi dan mengikut amalan sediada kepada ibubapa yang sanggup menyumbang dengan kaedah ini (rujuk kertas kerja DH 2010)


Di antara langkah jangka panjang pula:

1. Kertas Kerja mewajibkan Bon Pembangunan RM2000/pelajar bagi pelajar baru bermula 2015
  • Untuk pelajar sekolah menengah dan rendah
  • Amalan biasa dalam bentuk bon pendidikan yang digunakan untuk pembangunan sekolah
  • Simbolik pengorbanan ibubapa pelajar baru untuk pembangunan PPH sepertimana ibubapa dulu-dulu dalam usaha pembangunan PPH  dari segi masa dan tenaga
  • Satu kertas kerja perlu dibuat untuk kelulusan Lembaga, kelulusan diperlukan sebelum pamphlet tawaran kemasukan pelajar baru ~ Julai 2014
  • Sasaran untuk 300 pelajar baru=> RM600,000.00 setahun atau RM300,000.00

2. Tabung kutipan sumbangan
  • Tabung yang ada cuma kekal di sekolah dan edaran sewaktu program dan majlis sekolah
  • Diletakkan di restoran, econsave, dsbnya

3. Sumbangan Korporat
  • Bahan sedia ada perlu di kemaskini: kertaskerja, video, profile sekolah.
  • Satu bengkel penyediaan perlu dibuat.

Surat Jemputan kepada Ibubapa

posted Jul 18, 2013, 4:57 PM by Dana Hidayah   [ updated Jul 18, 2013, 4:58 PM ]

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini program Malam Badar anjuran PIBG SIH bertujuan memperingati Peristiwa Badar khususnya dari segi roh perjuangan dan pengorbanan Rasulullah dan para sahabatnya, seterusnya mengumpul Dana Pembangunan Sekolah untuk pembinaan bangunan baru 4-tingkat untuk SRIH.

Di samping itu program memberi peluang untuk semua warga Hidayah dan masyarakat sekitarnya bersama-sama berbuka puasa (iftar), solat berjemaah & Tarawih bagi mengeratkan ukhuwah di antara kita.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput untuk bersama-sama hadir ke program ini bersama-sama ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Semoga kehadiran kita semua ke majlis ini diberikan keberkatan oleh Allah SWT dan seterusnya dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Selamat menghidupkan Ramadhan Al-Mubarak.

Sekian, terima kasih.

Surat jemputan dan sumbangan korporat

posted Jul 16, 2013, 4:42 PM by Dana Hidayah   [ updated Jul 16, 2013, 4:53 PM ]

Pembinaan bangunan baru 4 tingkat SRIH bersebelahan dengan yang sediada dijangka menelan belanja RM2.4juta. Sumbangan pada Malam Badar dibelanjakan khas untuk pembangunan ini, dan sumbangan besar boleh kita usahakan daripada korporat. Sumbangan melebihi RM500 boleh mendapat pelepasan cukai pendapatan.

Surat memohon sumbangan dan jemputan ke majlis Malam Badar disertakan.

Semuga Allah SWT memberi ganjaran berlipat kali ganda di atas usaha saudara/i semua di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.

Ramadhan Kareem.

Infaq untuk 'Bangunan Baru 4-tingkat SRIH'

posted Oct 5, 2012, 2:38 AM by Dana Hidayah   [ updated Oct 5, 2012, 2:40 AM ]



Bersama membantu 'Pembinaan Bangunan 4-tingkat Baru SRIH' untuk memenuhi keperluan 10 tahun akan datang. Permohonan untuk Darjah 1 tahun 2013 ialah 306 permohonan, kelas hanya boleh menempatkan 180 pelajar sahaja! 126 permohonan TERPAKSA ditolak kerana kelas tidak cukup...BANGUNAN BARU DIPERLUKAN.

Hanya RM100/kaki persegi sebagai Infaq untuk menjana RM2.4 juta.

Borang boleh didapati di sini:
http://dana.hidayah.edu.my/borang-infaq



Sumbangan dari Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd.

posted Oct 31, 2011, 2:35 PM by Dana Hidayah   [ updated Nov 19, 2011, 2:29 PM ]

As salam


Sukacita dimaklumkan bahawa setelah pihak sekolah dijemput oleh Tuan Hj Ali Hassan 
pemilik Al Ikhsan Sport ke pejabatnya di Tmn Universiti sebentar tadi (7.45 mlm 31/10/2011) 
untuk membentangkan mengenai projek pembangunan sekolah, beliau telah bersetuju  
mendermakan lebih kurang RM 330 000 (iaitu mengikut harga semasa 2kg emas) kpd dana 
pembangunan hidayah.

Kami pihak sekolah amat bersyukur ke hadrat Allah swt diatas limpahan rezeki yang tidak 
disangka sangka ini.

Marilah kita sama sama mendoakan kejayaan dan menyokong perniagaan beliau yang ketika
ini sudah mempunyai 93 cawangan kedai di seluruh negara.


Beliau juga akan bersama sama kita sbg salah seorang warga hidayah bila anaknya menjadi
murid tahun 1 SRIH mulai sessi 2012 ini.

Md Nor Bakar
Pengerusi LPH


Perubahan target RM1.8 juta kepada RM3.5 juta

posted Oct 26, 2011, 8:43 AM by Dana Hidayah   [ updated Oct 26, 2011, 8:47 AM ]

(berdasarkan email dari Pengerusi Pembangunan Fizikal dan Pengerusi Dana Hidayah)

Salam

1. Pada tahun 2010, kita ada dua projek besar dalam perancangan iaitu 
  • Projek 1: bangunan 3 tingkat  SMIH (kini sedang dibina) dan 
  • Projek 2: bangunan 3 tingkat SRIH (masih dalam perancangan).
2. Anggaran kos per kaki persegi berdasarkan bangunan Surau dan Tahfiz yang telah siap pada tahun 2007. Akhirnya jumlah kos yang diperolehi ialah RM 1.8 juta iaitu berdasarkan 
  • Projek 1: RM 800k
  • Projek 2: RM 1 juta
3. Bila kita tawarkan tender, harga pasaran semasa jauh lebih tinggi dari anggaran yang berdasarkan harga 2007. Akhirnya tender terendah yang diperolehi untuk Projek 1 ialah RM 1.265 juta.

4. Pada masa yang sama, bengkel pertukangan yang asalnya di bangunan kayu yang telah dirobohkan memerlukan bangunan baru juga. Ia tidak sesuai diletakkan di kawasan akademik kerana agak bising. Akhirnya Bangunan Bengkel SMIH terpaksa dibina yang mengandungi 3 unit bengkel. Dinamakan Projek 3. Telah siap dibina dengan kos RM 327,680.00.

5. Maka jumlah yang telah telah dipakai untuk Projek 1 dan Projek 3 ialah RM 1.592680 juta.  Oleh itu, untuk SMIH sahaja, kita telah terlebih belanja sebanyak RM 792,680.00 dari anggaran asal RM 800,000.00.

6. Melihat kepada harga semasa pembinaan, Projek 2 (bangunan 3 tingkat SRIH) dijangka menelan belanja RM 1.8 juta iaitu lebih RM 800k dari harga anggaran asal berdasarkan harga 2007.

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, itulah sebabnya seperti yang disebutkan oleh Ust Jelani dalam email terdahulu, bahwa harga RM 1.8 juta untuk kesemua projek sudah tidak lagi releven.

Terima kasih keran terus memberi sokongan kepada Sekolah Islam Hidayah. Sesungguhnya saham-saham itu telah tertanam kekal dalam setiap bangunan yang anda menyumbang dalam apa juga bentuk. Lalu ia akan menjadi saham yang berterusan walaupun jasad sudah dikandung tanah.

Ahmadon Bakri
Pengerusi Pembangunan Fizikal 
Sekolah Islam Hidayah



Assalamualaikum PENDERMA-PENDERMA budiman sekalian,


Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna lagi buat kita semua & semoga kita semua dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.


Untuk makluman semua – berikut adalah jumlah terkumpul Dana Hidayah kita sehingga Julai 2011.


Jumlah terkumpul adalah RM 1,826,201.71


[RM 25,000 – duit riba; RM 300,000 – hasil projek zakat & RM 140,000 – ‘soft loan’].


Jadi saya harap, saudara2 semua sokonglah sepenuhnya projek zakat kita. Ia telah banyak membantu kita dalam bentuk pengumpulan dana. Sila hubungi Saudara Ahmad Zaidon Rais [019-7151960] untuk projek ini.


Perbelanjaan pembangunan sehingga kini RM 1,592,680.00 [P1 & P3]


Ini bermakna kita masih lagi kekurangan lebih kurang RM 1.6 juta utk P2 kita - Bangunan 3 Tingkat SRIH.

Dengan mengambil kira soft loan yang kita perlu bayar mengikut jadualnya nanti iaitu RM140k, jadi jumlah kekurangan keseluruhanya adalah lebih kurang RM 1.71 juta!!!! (bukan lagi RM 1.6 juta).


Jadi ini menuntut kita untuk terus berusaha bagi memastikan bangunan At-Taqwa, SRIH yang kita rancangkan dapat dibangunkan dengan jayanya & secepat mungkin.


Wassalam.


KBT [019-7757328]

Pengerusi Dana Hidayah

PPH

Projek Tabung Dana Hidayah

posted Aug 22, 2011, 5:10 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 22, 2011, 5:14 PM ]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, seperti yang saya nyatakan sewaktu mlm badar yg lepas - beberapa initsiatif sedang dijalankan bagi meningkatkan Dana Hidayah kita. Buat masa ini melalui kupon & minggu ini kita insya'Allah akan edarkan tabung. Gunakanlah kreativiti masing2 untuk penambahan dana kita ini.

Sehingga 19/8/11 kutipan Dana melalui KUPON adalah seperti berikut:-


   i.   SRIH RM 6,933
   ii.  SMIH RM 1,877

Kepada antum yang berkemampuan untuk mendapatkan sumbangan dari syarikat2 atau individu yang berpotensi - silalah usahakan. Segala informasi Dana ada dalam webpage Dana Hidayah kita atau hubungi dana@hidayah.edu.my untuk maklumat lanjut. Cuma, mohon beritahu saya perkara2 yg melibatkan polisi PPH - kerana ia perlu dibincangkan dgn LPH dahulu.

Semoga segala usaha murni antum mendapat ganjaran yg sewajarnya dari Yg Maha Esa. Jika ada idea2 @ usaha2 lain yg rasanya boleh diusahakan - silalah majukan utk kita menafaatkan bersama.


Cadangan "endowment" dari sahabat kita hari tu - saya mohon kalau ada yg ingin volunteer untuk jadi PIC.

Sekian, jzkk.


KBT
Pengerusi Dana Hidayah
PPH

p/s Jzkk kepada semua yg telah menyumbang program Malam Badar - terharu bila dengar Pengarah mengumumkan sasaran RM 100,000 kita tercapai. Alhamdulillah.

Sumbangan dari PayPal

posted Aug 12, 2011, 6:19 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 13, 2011, 3:58 PM ]

Setakat ini Dana Hidayah juga menerima sumbangan/derma melalui Paypal. Sila klik butang 'Donate' di muka depan laman utama web ini untuk membuat sumbangan samada melalui kad kredit atau pemindahan wang dari akaun PayPal menggunakan semua jenis matawang.


Gambar perkembangan terkini bangunan As Syafie (SMIH)

posted Aug 12, 2011, 3:44 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 14, 2011, 3:37 PM ]

Disertakan beberapa gambar terkini pembangunan bangunan 3 tingkat untuk SMIH digelar sebagai Bangunan As Syafie. Lebih banyak gambar boleh diperolehi di Facebook Sekolah Islam Hidayah.



Keputusan SPM 2010, Syabas dan Tahniah

posted Mar 23, 2011, 7:26 PM by Dana Hidayah   [ updated Mar 24, 2011, 5:26 PM ]

Assalamulaikum,

Keputusan 'detail' SPM 2010 SMIH boleh dirujuk di Laman Web SIH dan Facebook Sekolah Islam Hidayah.

Maklumat tentang Scholarships dari Government, Corporation, University, Bank & Loan boleh dilihat di sini.

Alhamdulillah, semangat ukhuwwah di antara semua pihak seumpama sebuah bangunan yang kukuh saling menguatkan dan bantu membantu di antara satu sama lain. Di kesempatan ini diberikan sedikit ruang untuk ibubapa memberi kata-kata tahniah dan penghargaan kepada pihak sekolah di atas kejayaan yang diperolehi dan semuga semuanya terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan khususnya kepada guru-guru agar terus bermotivasi untuk memberi pendidikan yang cemerlang dunia dan akhirat kepada anak-anak kita.

Jazakallahu Khayran (جزاك اللهُ خيراً‎)

Koleksi ucapan penghargaan dari ibubapa.




1-10 of 22