Sepintas Lalu


Kenangan sepintas lalu Pusat Pendidikan Hidayah, Johor Bharu. Dari 1989 hingga kini...

Sekolah Islam Hidayah bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) pada tahun 1989.  Mula beroperasi dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai, Johor Bahru.


Pada tahun ke 2, pelajarnya telah meningkat  kepada 65 dan ini memaksa operasi SRIH dipindahkan ke tempat lain di sebuah rumah banglo di Taman Dawani, Senai, Johor.

Pada tahun ke 3 beroperasi (1991) SRIH telah berpindah ke tapak tetapnya di Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor.  Tenaga kerja ketika itu seramai 11 orang, mendidik pelajar ketika itu seramai 87 orang.


Bangunan ini asalnya adalah rumah kongsi pekerja binaan UTM semasa pembinaan awal kampus tersebut.  Dua buah bangunan sumbangan UTM itu telah dibuka dan dibina semula di SRIH.

Sejak berpindah ke tapak tetapnya, SRIH semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan ibu bapa mendapat pendidikan anak-anak bukan sahaja di  Johor Bahru, malah juga antarabangsa.  Pejabat Hidayah (kiri).

Sejak mula beroperasi di tapak baru (1989) sehingga 2007, pentadbiran Hidayah hanya dikendalikan di bangunan usang dan serba kekurangan ini.  Di atas tapak ini jugalah Pejabat Hidayah yang baru dibina.

PEJABAT HIDAYAH.  Bangunan ini mula digunakan pada tahun  2007.  Menempatkan semua urusan pentadbiran sekolah rendah dan menengah.

Hidayah mengukir sejarah tersendiri apabila membina bangunan 4 tingkat, sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai. Mengambil masa pembinaan selama 2 tahun.  Mula dibina pada akhir 1999 dan mula digunakan pada awal 2002.

Bangunan 4 tingkat itu kini tersergam gagah menanamkan rasa izzah di hati anak-anak Hidayah untuk terus berusaha memburu kejayaan dan bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah ternama.



Inilah surau lama yang telah berkhidmat dari 1989 hingga 2007.  Di atas tapak ini jugalah bangunan Kompleks Surau dan Tahfiz didirikan.

Kompleks Surau dan Tahfiz (kanan) yang telah dibina hasil sumbangan orang ramai.  Mula digunakan pada tahun 2007.  Pembinaannya menelan belanja RM 800,000.00.

Kejayaan Hidayah banyak dibantu oleh ibu-bapa yg komited membantu sekolah. Berbagai bidang kepakaran dan latarbelakang ibu bapa bersama-sama mengembling tenaga membantu Hidayah.  Malam Badar 2008, Sekolah Islam Hidayah.

Wajah-wajah bersih anak-anak di hari pertama menjadi warga Hidayah. Pelajar tahun 1 SRIH 2007.  Siapa sangka mereka bakal melakar kegemilangan bersama Hidayah?

Belajar dalam suasana tenang dan selesa.  Persekitaran bersih, kemas dan nyaman sentiasa ditingkatkan di Hidayah.


Pelajar juga diberi peluang meningkatkan keyakinan diri.  Mereka digalakan menganjurkan program besar.  Malam Galaksi Hidayah 2007 dianjurkan untuk mengutip tabung pembinaan Kompleks Surau dan Tahfiz.  Majlis ini berjaya mengutip lebih RM 150,000.00. Kutipan derma ini dibuat untuk mengisi tabung pembinaan Kompleks Surau dan Tahfiz Sekolah Islam Hidayah.  Persada Johor, Johor Bahru.  Majlis ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar tingkatan 5 sesi 2007.

Di Hidayah, pelajar dilatih bekerjasama dan saling membantu dalam suasana mesra dan ikhlas. Pelajar bergotong-royong untuk persiapan jamuan Malam Badar 2008.

Menghasilkan individu yang bersemangat perlu melalui berbagai proses pentarbiyahan. Antaranya pelajar diwajibkan mengikuti Mukayyam (perkemahan) setiap tahun bermula dari Tahun 4 SRIH sehinggalah ke Tingkatan 5 SMIH. Mereka dilatih untuk sentiasa mengabdi diri kepada Allah walau di mana dan bagaimana sekali pun keadaan mereka. Mukayyam Tingkatan 5, Taman Negara Endau Rompin.

Pelajar dilatih melalui cabaran bagi meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi dugaan hidup. Mukayyam Tingkatan 5, Taman Negara Endau Rompin.

"The religious school with the best results was SM Islam Hidayah where 47 of 53 candidates obtained distinctions in all subjects." The Star, Thursday, Dec 30, 1999 dalam melaporkan prestasi keputusan PMR 1998 di seluruh negara.  Di harapkan Hidayah mempu mengubah tanggapan negaitif terhadap sekolah Islam.  Malah, Hidayah akan menjadi sekolah contoh baik yang diikuti.

Hidayah mengukir sejarah kejayaan apabila pelajar SMIH Muhammad Anas Mohamad Ghazali cemerlang dengan 12 1A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dlm SPM 2005.  Anas kini mengikuti kursus perubataan di Mesir dengan tajaan JPA, Abdul Rasyid mengikuti kursus perubatan di Ireland tajaan MARA, Fahim pula mengikuti kursus Perakaunan di UiTM Shah Alam.

Hidayah meneruskan pencapaian cemerlangnya seperti yang diipta sebelum ini apabila 4 orang pelajarnya berjaya mencapai keputusan 12A dalam peperiksaan SPM 2006. Huzaifah (9 1A, 3 2A), Asyraf (10 1A, 2 2A), Muhammad Siddiq (12 1A), Azma' (9 1A, 3 2A). Utusan Malaysia, 15 Mac 2007.  Huzaifah dan Muhammad Siddiq kini membuat kursus perubatan di Mesir dengan tajaan JPA. Asyraf pula mengikuti kursus Sains Aktuari. Sementara Asma' mengikuti kursus pergigian.

Di Hidayah, anak-anak ditarbiyah untuk sanggup memikul cabaran.  Mereka sentiasa diberi peluang menyerlahkan potensi.  Dengan izzah yang tinggi mereka sedia berdepan dengan mereka yang telah ternama.

SMIH juara MSSD Johor Bahru 2010 dengan kemenangan 2-0 ke atas Sekolah Menengah Teknik JB. Syabas & tahniah.

Sekolah Islam Hidayah juga mula terkenal di persada antara bangsa.  Pada 24 Okt 2008 sekumpulan 82 orang pelajar dari Sekolah SUMA GAKUEN, JEPUN telah melawat Sekolah Islam Hidayah bersama 7 orang pengiring.  Majlis sambutan dibuat bermula 8 pagi hingga 12 tengahari.  Bertemakan pertukaran budaya Malaysia-Jepun, lawatan ini membuka ruang untuk kedua-dua pihak mengenali budaya dan resepi kecemerlangan masing-masing.
Ini adalah sebahagian gambar yang tertera dalam laman web mereka di http://www.suma.ac.jp/cal_2008/30.html

Pada 15 Ogos 2009, SMIH dan SRIH telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan SKIPS (Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , Bahagian Pendidikan Swasta. Majlis penyerahan telah dilakukan di Putrajaya. Pengetua SMIH, Puan Kamaliah Nordin, telah mewakili kedua-dua sekolah untuk menerima anugerah tersebut. Kedua-dua sekolah telah di anugerahkan 4 bintang (maksimum 5 bintang) . SMIH hilang markah dalam aspek prasarana (tandas tidak cukup, dan lain-lain kemudahan).

SRIH juga juga mendapat pengiktirafan 4 bintang dari maksimum 5 bintang.  Gagal mencapai 5 bintang disebabkan kita kekurangan pasukan beruniform. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mensyaratkan sekurang-kurangnya 2 pasukan beruniform.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah kita telah dikalsifikasikan sebagai sekolah gred A dari sudut kualiti keseluruhan.

Terima kasih, jazakallu khairan kepada semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan bantuan serta sokongan kepada sekolah sehingga kita dapat mencapai prestasi kita sekarang. Sama-samalah kita meningkatkan lagi semua aspek di sekolah kita ini di masa akan datang.


Semua gambar diperolehi daripada pautan ini.