Surat Jemputan kepada Ibubapa

posted Jul 18, 2013, 4:57 PM by dana@hidayah.edu.my   [ updated Jul 18, 2013, 4:58 PM ]

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini program Malam Badar anjuran PIBG SIH bertujuan memperingati Peristiwa Badar khususnya dari segi roh perjuangan dan pengorbanan Rasulullah dan para sahabatnya, seterusnya mengumpul Dana Pembangunan Sekolah untuk pembinaan bangunan baru 4-tingkat untuk SRIH.

Di samping itu program memberi peluang untuk semua warga Hidayah dan masyarakat sekitarnya bersama-sama berbuka puasa (iftar), solat berjemaah & Tarawih bagi mengeratkan ukhuwah di antara kita.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput untuk bersama-sama hadir ke program ini bersama-sama ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Semoga kehadiran kita semua ke majlis ini diberikan keberkatan oleh Allah SWT dan seterusnya dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Selamat menghidupkan Ramadhan Al-Mubarak.

Sekian, terima kasih.

Ċ
dana@hidayah.edu.my,
Jul 18, 2013, 4:58 PM