Pembinaan bangunan baru 4 tingkat SRIH bersebelahan dengan yang sediada
dijangka menelan belanja RM2.4juta. Sumbangan pada Malam Badar
dibelanjakan khas untuk pembangunan ini, dan sumbangan besar boleh kita
usahakan daripada korporat. Sumbangan melebihi RM500 boleh mendapat
pelepasan cukai pendapatan. Surat memohon sumbangan dan jemputan ke majlis Malam Badar disertakan. Semuga Allah SWT memberi ganjaran berlipat kali ganda di atas usaha saudara/i semua di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Ramadhan Kareem. |