Projek Tabung Dana Hidayah

posted Aug 22, 2011 5:10 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 22, 2011 5:14 PM ]
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, seperti yang saya nyatakan sewaktu mlm badar yg lepas - beberapa initsiatif sedang dijalankan bagi meningkatkan Dana Hidayah kita. Buat masa ini melalui kupon & minggu ini kita insya'Allah akan edarkan tabung. Gunakanlah kreativiti masing2 untuk penambahan dana kita ini.

Sehingga 19/8/11 kutipan Dana melalui KUPON adalah seperti berikut:-


   i.   SRIH RM 6,933
   ii.  SMIH RM 1,877

Kepada antum yang berkemampuan untuk mendapatkan sumbangan dari syarikat2 atau individu yang berpotensi - silalah usahakan. Segala informasi Dana ada dalam webpage Dana Hidayah kita atau hubungi dana@hidayah.edu.my untuk maklumat lanjut. Cuma, mohon beritahu saya perkara2 yg melibatkan polisi PPH - kerana ia perlu dibincangkan dgn LPH dahulu.

Semoga segala usaha murni antum mendapat ganjaran yg sewajarnya dari Yg Maha Esa. Jika ada idea2 @ usaha2 lain yg rasanya boleh diusahakan - silalah majukan utk kita menafaatkan bersama.


Cadangan "endowment" dari sahabat kita hari tu - saya mohon kalau ada yg ingin volunteer untuk jadi PIC.

Sekian, jzkk.


KBT
Pengerusi Dana Hidayah
PPH

p/s Jzkk kepada semua yg telah menyumbang program Malam Badar - terharu bila dengar Pengarah mengumumkan sasaran RM 100,000 kita tercapai. Alhamdulillah.

Laman Utama (Main Page)

AJK Dana Hidayah (Committee Members)

Mesyuarat (Meetings)

Cadangan (Suggestions)

Galeri (Gallery)

Ucapan Hari Guru

Recent site activity