(berdasarkan email dari Pengerusi Pembangunan Fizikal dan Pengerusi Dana Hidayah) Salam 1. Pada tahun 2010, kita ada dua projek besar dalam perancangan iaitu
2. Anggaran kos per kaki persegi berdasarkan bangunan
Surau dan Tahfiz yang telah siap pada tahun 2007. Akhirnya jumlah kos
yang diperolehi ialah RM 1.8 juta iaitu berdasarkan
4. Pada masa yang sama, bengkel pertukangan yang
asalnya di bangunan kayu yang telah dirobohkan memerlukan bangunan baru
juga. Ia tidak sesuai diletakkan di kawasan akademik kerana agak bising.
Akhirnya Bangunan Bengkel SMIH terpaksa dibina yang mengandungi 3 unit
bengkel. Dinamakan Projek 3. Telah siap dibina dengan kos RM 327,680.00.
5. Maka jumlah yang telah telah dipakai untuk Projek
1 dan Projek 3 ialah RM 1.592680 juta. Oleh itu, untuk SMIH sahaja,
kita telah terlebih belanja sebanyak RM 792,680.00 dari anggaran asal RM 800,000.00.
6. Melihat kepada harga semasa pembinaan, Projek 2
(bangunan 3 tingkat SRIH) dijangka menelan belanja RM 1.8 juta iaitu
lebih RM 800k dari harga anggaran asal berdasarkan harga 2007. 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, itulah sebabnya
seperti yang disebutkan oleh Ust Jelani dalam email terdahulu, bahwa
harga RM 1.8 juta untuk kesemua projek sudah tidak lagi releven. Terima kasih keran terus memberi sokongan kepada Sekolah Islam
Hidayah. Sesungguhnya saham-saham itu telah tertanam kekal dalam setiap
bangunan yang anda menyumbang dalam apa juga bentuk. Lalu ia akan
menjadi saham yang berterusan walaupun jasad sudah dikandung tanah.
Ahmadon Bakri Pengerusi Pembangunan Fizikal Sekolah Islam Hidayah Assalamualaikum PENDERMA-PENDERMA budiman sekalian, Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna lagi buat kita semua & semoga kita semua dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Untuk makluman semua – berikut adalah jumlah terkumpul Dana Hidayah kita sehingga Julai 2011. Jumlah terkumpul adalah RM 1,826,201.71 [RM 25,000 – duit riba; RM 300,000 – hasil projek zakat & RM 140,000 – ‘soft loan’]. Jadi saya harap, saudara2 semua sokonglah sepenuhnya projek zakat kita. Ia telah banyak membantu kita dalam bentuk pengumpulan dana. Sila hubungi Saudara Ahmad Zaidon Rais [019-7151960] untuk projek ini. Perbelanjaan pembangunan sehingga kini RM 1,592,680.00 [P1 & P3] Ini bermakna kita masih lagi kekurangan lebih kurang RM 1.6 juta utk P2 kita - Bangunan 3 Tingkat SRIH. Dengan mengambil kira soft loan yang kita perlu bayar mengikut jadualnya nanti iaitu RM140k, jadi jumlah kekurangan keseluruhanya adalah lebih kurang RM 1.71 juta!!!! (bukan lagi RM 1.6 juta). Jadi ini menuntut kita untuk terus berusaha bagi memastikan bangunan At-Taqwa, SRIH yang kita rancangkan dapat dibangunkan dengan jayanya & secepat mungkin. Wassalam. KBT [019-7757328] Pengerusi Dana Hidayah PPH |