Kupon Dana Hidayah

posted Aug 26, 2010, 3:26 PM by Alias Mohd

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua – Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pendidikan Hidayah (LPAPPH) telah membuat keputusan untuk membangunkan bangunan As-Syafie, SMIH [RM800,000] hujung tahun ini. Sepertimana yang tuan-puan sedia maklum kedudukan kewangan DH sekarang adalah lebih kurang RM450,000 – masih kurang RM250,000!

Sehubungan dengan ini, AJK DH sedang melaksanakan satu lagi projek pungutan sumbangan DH dengan cara pemungut sumbangan membawa bersama mereka kupon sebanyak RM5 dan RM10 (setiap buku kupon mempunyai 20 helaian – ini bermakna buku kupon RM5 bernilai RM100 dan buku resit RM10 bernilai RM200. Kami merasakan cara ini akan memudahkan lagi pemungut sumbangan mendekati penyumbang-penyumbang yang berpotensi.

Di sini, kami AJK DH ingin mengajak setiap di antara kita turun padang dan sama-sama membantu & berusaha untuk menjadikan projek pembangunan ini menjadi kenyataan. Buku kupon yang dinyatakan boleh didapati dari pejabat sekolah (Puan Aini Sajaya).

Bila bertemu sahaja dengan sesiapa yang berpotensi tu – hulurkan ajelah kupon tu, manalah tahu dimurahkan rezeki dapat dapat RM5 atau RM10 atau mungkin lebih! Kalau tak dapat, jangan putus asa – kita cuba lagi J.

Kalau rasa ada kawan-kawan, sedara-mara, rakan sekerja atau sesiapa saja yang boleh bantu cari penyumbang bolehlah bagikan mereka buku kupon tu.

Insya’Allah, pelajar-pelajar SRIH dan SMIH akan dibekalkan dengan buku kupon ini sebelum balik cuti raya nanti. Diharap ibu-bapa dan penjaga akan dapat membantu mereka mencari penyumbang.

 

Beberapa AJK & anak2 mereka sedang menyiapkan buku kupon (Dekan FAB pun turut membantu) di rumah KBT.


Puan Ani & keluarga pun turun padang (sedang mengecop no. siri pada kupon).

Bagi mereka yang ingin menghubungi syarikat untuk mencari sumbangan, pihak AJK DH telah menyediakan kertas-kerja dalam bentuk booklet beserta official cover letter – sila hubungi PM Dr Sevia Mahdaliz; dana@hidayah.edu.my untuk mendapatkan dokumen ini & nombor fail.

Semoga usaha kita yang sedikit ini diRahmati dan diBerkati Yang Maha Esa dan semoga keikhlasan sumbangan anda semua akan dapat membantu meningkatkan kualiti pembangunan & prasarana di SIH seterusnya mendapat ganjaran yang sewajarnya di  akhirat kelak, insya’Allah.

Sekian, Jazakallahu khairan kathira. Wassalam.

Kamarul Baharin Tawi                                                                                   

Pengerusi, Dana Hidayah,

Ahli LPAPPH