Assalamualaikum,
Merujuk kepada email Pengerusi Dana, sepertimana yang dimaklumkan
antara usaha mempercepatkan objektif Dana Hidayah dicapai iaitu
RM1.8juta bagi membina 2 bangunan baru sekolah, disini saya mewakili AJK
Dana memohon kerjasama semua warga PIBG SMIH dan SRIH untuk membantu
menyediakan kupon yang akan diedarkan semula melalui anak2, ahli PIBG di
malam badar, alumni, guru2 dan kakitangan sekolah sebanyak 2000unit
buku kupon RM5 dan 2000unit buku kupon RM10 (20 keping kupon setiap
buku). InsyaAllah sekiranya kupon2 zuhud ini berjaya, jumlah kutipan
akan sebanyak RM600,000.00 (iaitu 33.33% dari hajat kita semua) masuk
tabung dana.
Tujuan kita mewujudkan kupon dana RM5 (2000 unit dan RM10 adalah
untuk memudahkan kita kawal selia edaran makluman kutipan dan masukan
dana. Begitu juga dgn adanya kupon dana, kami merasakan ia lebih
berhemah dan mudah untuk mendapat sumbangan dari saudaramara & orang
ramai. Kita akan edarkan kepada anak2 sebanyak 2 KALI (cuti raya dan
cuti hujung tahun) insyaAllah.
Bagi buku RM10 kita akan edarkan sebanyak 300 unit dimalam Badar,
200 Alumni, 100 AJK Dana, 80 staff SMIH, 80 staff SRIH dan
selebihnya pelajar SMIH. Manakala bagi buku RM5, kita khaskan untuk
murid SRIH.
Oleh itu, semua 4000 Kupon yang telah sedia dicetak perlu dicop no
siri untuk tujuan rekod kawalan, oleh itu kami memohon warga PIBG yang
berkelapangan pada sabtu ini, turun gotong royong cop kupon, diharapkan
tuanpuan dapat bawa cop nombor 8 angka dan stamp pad sendiri.
Maklumat gotong royong ialah
Tarikh : 28 Ogos 2010
Masa : 9.00am- sampai siap
Tempat: Kantin Sekolah
nota: saya akan maklumkan satu lagi strategi Dana melalui kutipan dan tajaan dana dari syarikat korporat melului email berasingan.
Jazakallah Dr Sevia |