Kempen Jangka Pendek dan Panjang Dana Hidayah

posted Feb 1, 2014, 7:36 PM by dana@hidayah.edu.my   [ updated May 11, 2014, 11:54 PM ]
Projek terkini DH ialah pembinaan Bangunan 4-tingkat di sebelah bangunan lama 4-tingkat sediada. Kos yang diperlukan adalah sepertimana yang dipaparkan di laman utama web ini iaitu lebih kurang RM2.5 juta. Berdasarkan jumlah yang ada sebanyak RM1.2 juta, pihak pembangunan masih memerlukan lebihkurang RM1.3 juta lagi untuk kerja-kerja seterusnya.

Di antara langkah jangka pendek yang akan dilaksanakan oleh DH ialah:

1. Kempen promosi sumbangan DH oleh ibubapa.
  • Banner panjang akan direka dan dicetak untuk diletakkan di depan pagar sekolah untuk 'parent awareness'
  • Online banner, design sama dengan banner di atas, boleh di 'share dan forward' oleh ibubapa untuk sebaran internet, email & FB kepada kenalan mereka
  • Jangka siap 5hb. Feb 2014
2. Kempen sumbangan RM500/keluarga Hidayah
  • Satu cara sebaran kempen yang lebih baik perlu dibuat
  • Mencadangkan sumbangan RM1000/keluarga 
  • Tempoh kempen 2 bulan
  • Sasaran 500 keluarga=> RM500,000.00

3. Kempen Pinjaman Peribadi
  • Kaedah perlu diperhalusi dan mengikut amalan sediada kepada ibubapa yang sanggup menyumbang dengan kaedah ini (rujuk kertas kerja DH 2010)


Di antara langkah jangka panjang pula:

1. Kertas Kerja mewajibkan Bon Pembangunan RM2000/pelajar bagi pelajar baru bermula 2015
  • Untuk pelajar sekolah menengah dan rendah
  • Amalan biasa dalam bentuk bon pendidikan yang digunakan untuk pembangunan sekolah
  • Simbolik pengorbanan ibubapa pelajar baru untuk pembangunan PPH sepertimana ibubapa dulu-dulu dalam usaha pembangunan PPH  dari segi masa dan tenaga
  • Satu kertas kerja perlu dibuat untuk kelulusan Lembaga, kelulusan diperlukan sebelum pamphlet tawaran kemasukan pelajar baru ~ Julai 2014
  • Sasaran untuk 300 pelajar baru=> RM600,000.00 setahun atau RM300,000.00

2. Tabung kutipan sumbangan
  • Tabung yang ada cuma kekal di sekolah dan edaran sewaktu program dan majlis sekolah
  • Diletakkan di restoran, econsave, dsbnya

3. Sumbangan Korporat
  • Bahan sedia ada perlu di kemaskini: kertaskerja, video, profile sekolah.
  • Satu bengkel penyediaan perlu dibuat.

Comments