Selamat datang ke Laman Web Dana Hidayah (Welcome to Hidayah School Fundraising's website)



Sila pilih bahasa pilihan anda
(Please choose your preferred language)


Bahasa Melayu
English



Latest update: July, 2011

Targeted Amount: RM3.5 million
Total funds raised:
RM1,826,201.71
Total expenses to date: RM1,592,680.00
Additional amount to be raised: RM1.71 million

Follow Us On:

Dana Hidayah YouTube Collection







                                                                                                        Donations via PayPal:                         Donations via Bank: MAYBANK (551306500918)
                                                                                                                                                                                                     BANK MUAMALAT (01020001215710)
    
Subscribe to Hidayah School Fundraising's website

Access Counter
my space counter
View My Stats


Sumbangan dari Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd.

posted Oct 31, 2011 2:35 PM by Dana Hidayah   [ updated Nov 19, 2011 2:29 PM ]

As salam


Sukacita dimaklumkan bahawa setelah pihak sekolah dijemput oleh Tuan Hj Ali Hassan 
pemilik Al Ikhsan Sport ke pejabatnya di Tmn Universiti sebentar tadi (7.45 mlm 31/10/2011) 
untuk membentangkan mengenai projek pembangunan sekolah, beliau telah bersetuju  
mendermakan lebih kurang RM 330 000 (iaitu mengikut harga semasa 2kg emas) kpd dana 
pembangunan hidayah.

Kami pihak sekolah amat bersyukur ke hadrat Allah swt diatas limpahan rezeki yang tidak 
disangka sangka ini.

Marilah kita sama sama mendoakan kejayaan dan menyokong perniagaan beliau yang ketika
ini sudah mempunyai 93 cawangan kedai di seluruh negara.


Beliau juga akan bersama sama kita sbg salah seorang warga hidayah bila anaknya menjadi
murid tahun 1 SRIH mulai sessi 2012 ini.

Md Nor Bakar
Pengerusi LPH


Perubahan target RM1.8 juta kepada RM3.5 juta

posted Oct 26, 2011 8:43 AM by Dana Hidayah   [ updated Oct 26, 2011 8:47 AM ]

(berdasarkan email dari Pengerusi Pembangunan Fizikal dan Pengerusi Dana Hidayah)

Salam

1. Pada tahun 2010, kita ada dua projek besar dalam perancangan iaitu 
  • Projek 1: bangunan 3 tingkat  SMIH (kini sedang dibina) dan 
  • Projek 2: bangunan 3 tingkat SRIH (masih dalam perancangan).
2. Anggaran kos per kaki persegi berdasarkan bangunan Surau dan Tahfiz yang telah siap pada tahun 2007. Akhirnya jumlah kos yang diperolehi ialah RM 1.8 juta iaitu berdasarkan 
  • Projek 1: RM 800k
  • Projek 2: RM 1 juta
3. Bila kita tawarkan tender, harga pasaran semasa jauh lebih tinggi dari anggaran yang berdasarkan harga 2007. Akhirnya tender terendah yang diperolehi untuk Projek 1 ialah RM 1.265 juta.

4. Pada masa yang sama, bengkel pertukangan yang asalnya di bangunan kayu yang telah dirobohkan memerlukan bangunan baru juga. Ia tidak sesuai diletakkan di kawasan akademik kerana agak bising. Akhirnya Bangunan Bengkel SMIH terpaksa dibina yang mengandungi 3 unit bengkel. Dinamakan Projek 3. Telah siap dibina dengan kos RM 327,680.00.

5. Maka jumlah yang telah telah dipakai untuk Projek 1 dan Projek 3 ialah RM 1.592680 juta.  Oleh itu, untuk SMIH sahaja, kita telah terlebih belanja sebanyak RM 792,680.00 dari anggaran asal RM 800,000.00.

6. Melihat kepada harga semasa pembinaan, Projek 2 (bangunan 3 tingkat SRIH) dijangka menelan belanja RM 1.8 juta iaitu lebih RM 800k dari harga anggaran asal berdasarkan harga 2007.

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, itulah sebabnya seperti yang disebutkan oleh Ust Jelani dalam email terdahulu, bahwa harga RM 1.8 juta untuk kesemua projek sudah tidak lagi releven.

Terima kasih keran terus memberi sokongan kepada Sekolah Islam Hidayah. Sesungguhnya saham-saham itu telah tertanam kekal dalam setiap bangunan yang anda menyumbang dalam apa juga bentuk. Lalu ia akan menjadi saham yang berterusan walaupun jasad sudah dikandung tanah.

Ahmadon Bakri
Pengerusi Pembangunan Fizikal 
Sekolah Islam Hidayah



Assalamualaikum PENDERMA-PENDERMA budiman sekalian,


Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna lagi buat kita semua & semoga kita semua dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.


Untuk makluman semua – berikut adalah jumlah terkumpul Dana Hidayah kita sehingga Julai 2011.


Jumlah terkumpul adalah RM 1,826,201.71


[RM 25,000 – duit riba; RM 300,000 – hasil projek zakat & RM 140,000 – ‘soft loan’].


Jadi saya harap, saudara2 semua sokonglah sepenuhnya projek zakat kita. Ia telah banyak membantu kita dalam bentuk pengumpulan dana. Sila hubungi Saudara Ahmad Zaidon Rais [019-7151960] untuk projek ini.


Perbelanjaan pembangunan sehingga kini RM 1,592,680.00 [P1 & P3]


Ini bermakna kita masih lagi kekurangan lebih kurang RM 1.6 juta utk P2 kita - Bangunan 3 Tingkat SRIH.

Dengan mengambil kira soft loan yang kita perlu bayar mengikut jadualnya nanti iaitu RM140k, jadi jumlah kekurangan keseluruhanya adalah lebih kurang RM 1.71 juta!!!! (bukan lagi RM 1.6 juta).


Jadi ini menuntut kita untuk terus berusaha bagi memastikan bangunan At-Taqwa, SRIH yang kita rancangkan dapat dibangunkan dengan jayanya & secepat mungkin.


Wassalam.


KBT [019-7757328]

Pengerusi Dana Hidayah

PPH

Projek Tabung Dana Hidayah

posted Aug 22, 2011 5:10 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 22, 2011 5:14 PM ]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, seperti yang saya nyatakan sewaktu mlm badar yg lepas - beberapa initsiatif sedang dijalankan bagi meningkatkan Dana Hidayah kita. Buat masa ini melalui kupon & minggu ini kita insya'Allah akan edarkan tabung. Gunakanlah kreativiti masing2 untuk penambahan dana kita ini.

Sehingga 19/8/11 kutipan Dana melalui KUPON adalah seperti berikut:-


   i.   SRIH RM 6,933
   ii.  SMIH RM 1,877

Kepada antum yang berkemampuan untuk mendapatkan sumbangan dari syarikat2 atau individu yang berpotensi - silalah usahakan. Segala informasi Dana ada dalam webpage Dana Hidayah kita atau hubungi dana@hidayah.edu.my untuk maklumat lanjut. Cuma, mohon beritahu saya perkara2 yg melibatkan polisi PPH - kerana ia perlu dibincangkan dgn LPH dahulu.

Semoga segala usaha murni antum mendapat ganjaran yg sewajarnya dari Yg Maha Esa. Jika ada idea2 @ usaha2 lain yg rasanya boleh diusahakan - silalah majukan utk kita menafaatkan bersama.


Cadangan "endowment" dari sahabat kita hari tu - saya mohon kalau ada yg ingin volunteer untuk jadi PIC.

Sekian, jzkk.


KBT
Pengerusi Dana Hidayah
PPH

p/s Jzkk kepada semua yg telah menyumbang program Malam Badar - terharu bila dengar Pengarah mengumumkan sasaran RM 100,000 kita tercapai. Alhamdulillah.

Sumbangan dari PayPal

posted Aug 12, 2011 6:19 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 13, 2011 3:58 PM ]

Setakat ini Dana Hidayah juga menerima sumbangan/derma melalui Paypal. Sila klik butang 'Donate' di muka depan laman utama web ini untuk membuat sumbangan samada melalui kad kredit atau pemindahan wang dari akaun PayPal menggunakan semua jenis matawang.


Gambar perkembangan terkini bangunan As Syafie (SMIH)

posted Aug 12, 2011 3:44 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 14, 2011 3:37 PM ]

Disertakan beberapa gambar terkini pembangunan bangunan 3 tingkat untuk SMIH digelar sebagai Bangunan As Syafie. Lebih banyak gambar boleh diperolehi di Facebook Sekolah Islam Hidayah.



Keputusan SPM 2010, Syabas dan Tahniah

posted Mar 23, 2011 7:26 PM by Dana Hidayah   [ updated Mar 24, 2011 5:26 PM ]

Assalamulaikum,

Keputusan 'detail' SPM 2010 SMIH boleh dirujuk di Laman Web SIH dan Facebook Sekolah Islam Hidayah.

Maklumat tentang Scholarships dari Government, Corporation, University, Bank & Loan boleh dilihat di sini.

Alhamdulillah, semangat ukhuwwah di antara semua pihak seumpama sebuah bangunan yang kukuh saling menguatkan dan bantu membantu di antara satu sama lain. Di kesempatan ini diberikan sedikit ruang untuk ibubapa memberi kata-kata tahniah dan penghargaan kepada pihak sekolah di atas kejayaan yang diperolehi dan semuga semuanya terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan khususnya kepada guru-guru agar terus bermotivasi untuk memberi pendidikan yang cemerlang dunia dan akhirat kepada anak-anak kita.

Jazakallahu Khayran (جزاك اللهُ خيراً‎)

Koleksi ucapan penghargaan dari ibubapa.




Kempen Kupon Dana Hidayah

posted Aug 26, 2010 3:31 PM by Alias Mohd

Assalamualaikum,
 
Merujuk kepada email Pengerusi Dana, sepertimana yang dimaklumkan antara usaha mempercepatkan objektif Dana Hidayah dicapai iaitu RM1.8juta bagi membina 2 bangunan baru sekolah, disini saya mewakili AJK Dana memohon kerjasama semua warga PIBG SMIH dan SRIH untuk membantu menyediakan kupon yang akan diedarkan semula melalui anak2, ahli PIBG di malam badar, alumni, guru2 dan kakitangan sekolah sebanyak 2000unit buku kupon RM5 dan 2000unit buku kupon RM10 (20 keping kupon setiap buku). InsyaAllah sekiranya kupon2 zuhud ini berjaya, jumlah kutipan akan sebanyak RM600,000.00 (iaitu 33.33% dari hajat kita semua) masuk tabung dana.
 
Tujuan kita mewujudkan kupon dana RM5 (2000 unit dan RM10 adalah untuk memudahkan kita kawal selia edaran makluman kutipan dan masukan dana. Begitu juga dgn adanya kupon dana, kami merasakan ia lebih berhemah dan mudah untuk mendapat sumbangan dari saudaramara & orang ramai. Kita akan edarkan kepada anak2 sebanyak 2  KALI (cuti raya dan cuti hujung tahun) insyaAllah.
 
Bagi buku RM10 kita akan edarkan sebanyak 300 unit dimalam Badar, 200 Alumni, 100 AJK Dana, 80 staff SMIH, 80 staff SRIH dan selebihnya pelajar SMIH. Manakala bagi buku RM5, kita khaskan untuk murid SRIH.
 
Oleh itu,  semua 4000 Kupon yang telah sedia dicetak perlu dicop no siri untuk tujuan rekod kawalan, oleh itu kami memohon warga PIBG yang berkelapangan pada sabtu ini,  turun gotong royong cop kupon, diharapkan tuanpuan dapat bawa cop nombor 8 angka dan stamp pad sendiri.       Maklumat gotong royong ialah
             
          Tarikh : 28 Ogos 2010
          Masa  : 9.00am- sampai siap
          Tempat: Kantin Sekolah
 
Seperti kata Pengerusi Dana, 'Semoga usaha kita yang sedikit ini diRahmati dan diBerkati Yang Maha Esa dan semoga keikhlasan sumbangan anda semua akan dapat membantu meningkatkan kualiti pembangunan & prasarana di SIH seterusnya mendapat ganjaran yang sewajarnya di  akhirat kelak, insya’Allah,.... aminnnnn

 

nota: saya akan maklumkan satu lagi strategi Dana melalui kutipan dan tajaan dana dari syarikat korporat melului email berasingan.

 

Jazakallah

 Dr Sevia

wakil AJK Dana

Kupon Dana Hidayah

posted Aug 26, 2010 3:26 PM by Alias Mohd

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua – Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pendidikan Hidayah (LPAPPH) telah membuat keputusan untuk membangunkan bangunan As-Syafie, SMIH [RM800,000] hujung tahun ini. Sepertimana yang tuan-puan sedia maklum kedudukan kewangan DH sekarang adalah lebih kurang RM450,000 – masih kurang RM250,000!

Sehubungan dengan ini, AJK DH sedang melaksanakan satu lagi projek pungutan sumbangan DH dengan cara pemungut sumbangan membawa bersama mereka kupon sebanyak RM5 dan RM10 (setiap buku kupon mempunyai 20 helaian – ini bermakna buku kupon RM5 bernilai RM100 dan buku resit RM10 bernilai RM200. Kami merasakan cara ini akan memudahkan lagi pemungut sumbangan mendekati penyumbang-penyumbang yang berpotensi.

Di sini, kami AJK DH ingin mengajak setiap di antara kita turun padang dan sama-sama membantu & berusaha untuk menjadikan projek pembangunan ini menjadi kenyataan. Buku kupon yang dinyatakan boleh didapati dari pejabat sekolah (Puan Aini Sajaya).

Bila bertemu sahaja dengan sesiapa yang berpotensi tu – hulurkan ajelah kupon tu, manalah tahu dimurahkan rezeki dapat dapat RM5 atau RM10 atau mungkin lebih! Kalau tak dapat, jangan putus asa – kita cuba lagi J.

Kalau rasa ada kawan-kawan, sedara-mara, rakan sekerja atau sesiapa saja yang boleh bantu cari penyumbang bolehlah bagikan mereka buku kupon tu.

Insya’Allah, pelajar-pelajar SRIH dan SMIH akan dibekalkan dengan buku kupon ini sebelum balik cuti raya nanti. Diharap ibu-bapa dan penjaga akan dapat membantu mereka mencari penyumbang.

 

Beberapa AJK & anak2 mereka sedang menyiapkan buku kupon (Dekan FAB pun turut membantu) di rumah KBT.


Puan Ani & keluarga pun turun padang (sedang mengecop no. siri pada kupon).

Bagi mereka yang ingin menghubungi syarikat untuk mencari sumbangan, pihak AJK DH telah menyediakan kertas-kerja dalam bentuk booklet beserta official cover letter – sila hubungi PM Dr Sevia Mahdaliz; dana@hidayah.edu.my untuk mendapatkan dokumen ini & nombor fail.

Semoga usaha kita yang sedikit ini diRahmati dan diBerkati Yang Maha Esa dan semoga keikhlasan sumbangan anda semua akan dapat membantu meningkatkan kualiti pembangunan & prasarana di SIH seterusnya mendapat ganjaran yang sewajarnya di  akhirat kelak, insya’Allah.

Sekian, Jazakallahu khairan kathira. Wassalam.

Kamarul Baharin Tawi                                                                                   

Pengerusi, Dana Hidayah,

Ahli LPAPPH

21 tips pembelajaran yang BETUL!

posted Aug 6, 2010 7:30 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 6, 2010 7:33 PM ]

Wahai anak-anak HIDAYAH, hanya NAK atau TAK NAK sahaja, semua jalan sudah tersedia.

21 tips pembelajaran

2009 PMR MRSM Science 2 with ANSWERS!

posted Aug 6, 2010 7:20 PM by Dana Hidayah   [ updated Aug 11, 2010 6:40 PM ]

Sila download pada attachment.
Jangan lupa menderma kepada Dana Hidayah.

1-10 of 18

Laman Utama (Main Page)

AJK Dana Hidayah (Committee Members)

Mesyuarat (Meetings)

Cadangan (Suggestions)

Galeri (Gallery)

Ucapan Hari Guru