Dana Hidayah ialah satu tabung khas yang diwujudkan oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) untuk menampung perbelanjaan pembangunan fizikal sekolah: Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Semua sumbangan yang disalurkan ke tabung dana ini akan dibelanjakan untuk aktiviti pembangunan sekolah, terutamanya pembinaan bangunan baru untuk menaiktaraf kelas, bilik guru, surau, makmal, perpustakaan dan sebagainya. Pembangunan fizikal sekolah setakat ini:
Bangunan 4 tingkat ini menempatkan bilik guru dan bilik pembelajaran SRIH. Mula digunakan pada tahun 2002.
Bangunan 3 tingkat menempatkan Surau Lelaki (bawah), Surau Perempuan
(tengah) dan Dewan Serbaguna (atas). Mula digunakan pada tahun 2007.
Pembangunan seterusnya yang dicadangkan ialah pembinaan bangunan sekolah bagi menggantikan 2 bangunan lama 1 tingkat kepada 2 bangunan baru 3 tingkat dan 1 bengkel untuk SMIH untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Anggaran kos perbelanjaan ialah lebihkurang RM3.5 juta. Pembinaan bangunan sekolah yang baru perlu dilaksanakan secepat mungkin untuk menampung keperluan sekolah yang semakin meningkat dari segi bilangan pelajar dan yang berkaitan dengannya. Kerja-kerja pembinaan bangunan pertama (As-Syafie) telah dimulakan pada awal 2011 dengan jumlah perbelanjaan sepertimana yang ditunjukkan di laman utama. Berikut adalah beberapa gambar bangunan-bangunan sekolah lama yang perlu diganti: Bangunan lama (1 tingkat) yang perlu diganti kepada bangunan baru (3 tingkat-Bangunan As-Syafie) - sekarang menempatkan perpustakaan, bengkel, bilik mesyuarat, kedai SMIH.
Bangunan lama (1 tingkat) yang perlu diganti kepada bangunan baru (3 tingkat-Bangunan At-Taqwa) - sekarang menempatkan kelas-kelas Tahun 1, bilik komputer, perpustakaan, kedai SRIH.
Bagaimana saudara/i boleh meyumbang kepada Dana Hidayah? Berikut beberapa kaedah sumbangan yang boleh digunakan:
Pengerusi Dana Hidayah, Pusat Pendidikan Hidayah Kg. Sinaran Baru, Km 26, Jalan Johor Bahru, 81300 Skudai, Johor, Malaysia
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi: Dr Kamarul Baharin Tawi (Pengerusi Dana Hidayah) email: kbtawi@gmail.com atau dana@hidayah.edu.my hp: +6019-7757328, fax: +607-5570882 Semua sumbangan (RM 500 dan keatas) wang tunai atau cek layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan. Pihak PPH akan mengeluarkan resit rasmi untuk membolehkan saudara/i menuntut pengecualian cukai pendapatan. Sila maklumkan nama penuh dan nombor Kad Pengenalan (untuk dituliskan di dalam resit) dan alamat saudara/i ke mana resit tersebut boleh dihantar. Semuga usaha kita ini akan dirahmati dan diberkati oleh yang Maha Esa dan Sekolah Islam Hidayah akan terus melipatganda usaha bagi mencapai hasrat membentuk dan melahirkan insan rabbani sebagaimana yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan sekolah. Pihak DANA HIDAYAH mengucapkan Jazakallahu Khayran (جزاك اللهُ خيراً) di atas sumbangan saudara/i. |